Monday 8 October 2012


Asalamualaikum …

Salam sejahtera kepada semua warga internet….
Aku ini hanya ingin menulis sebenarnya…dan pada mulanya blog ini aku ingin meletakkan tema atau berkonsepkan konspirasi atau tentang kebangkitan umat islam akhir zaman…namun setiap kali ingin menulis aku sentiasa patah idea walaupun sebelum itu kepala aku sarat dengan idea dan info-info baru yang aku dapat. (aku tidak tahu kenapa)

Tapi bila aku fikir-fikir balik cukup lah aku bercerita tentang kisah diri aku yang tak best ni hahaha… dan sambil-sambil tu aku akan selit sikit-sikitlah entri berkenaan teori konspirasi mahupun perkara berkenaan kebangkitan akhir zaman ..insyaallah, itu pun kalau di izinkan Allah SWT.
Firstly aku adalah seorang lelaki yang di lahirkan pada 10 januari 1982.. ayahku keturunan jawa dan ibuku keturunan melayu. Anak ke-7 dari  7 adik beradik.

Aku seorang agak good looking juga la… emm hidung cam robert parkingson .. mulut macam takeuchi yutaka.. mata macam goku dragon ball..bentuk muka cam…. hahaha perasan betul gua  ni.. gurau je ye..jangan percaya hehehe(gelak jahat).

Emmm  aku mulakan dengan …sejak kecil aku berminat dengan benda-benda misteri..dan sering kali aku amat pelik dan kagum dengan ciptaan Allah yang hebat..dan ciptaan Allah SWT yang paling hebat bagi aku adalah hati, akal dan nafsu…. BETAPA AGUNGNYA ALLAH SWT

Sambung kembali , aku di besarkan oleh keluarga angkat aku, tapi bukan orang lain kerana mereka  ibu saudara dan bapa saudara aku sendiri..  ibu angkat ku itu adalah adik kepada ibu kandungku sendiri.  Cerita nya begini pada ketika ibu ku mengandungkan aku..ibuku begitu kasihan melihat adiknya (ibu angkatku) yang masih belum mendapat zuriat walaupun sudah hampir  6  ke 7 tahun berumah tangga..di tambah dengan kesusahan ibu bapaku pada ketika itu yang masih membesar kan adik beradik ku yang agak ramai dan masih kecil. Jadi ibuku membuat perjanjian mulut dengan ibu angkatku..antara dialog meraka yang pernah ibuku sebut ialah “ mon kalo anak alang ni lahir anak lelaki aku bagi ko jage..kite bela same-same…  tapi kalo lahir anak perempuan alang nak jage… sebab alang  tak ramai anak perempuan..”.  Namun dengan kuasa Allah SWT lahir lah aku kedunia ini sebagai seorang lelaki..setelah ibuku bertarung nyawa melahirkan aku ke dunia ini..dan lahir kan aku kedunia ini dengan wajah yang sangat comellll sessangggat kate ko…heheh(itu kate mak aku). Dan selepas tiga hari aku di serah kepada ibu angkat ku..(juga orang yang aku amat sayangggg sangat…ketika ini aku menitis kan air mata, kerana sudah lima tahun arwah ibu angkat ku meninggal dunia). Manakala ibu kandung ku pula selepas itu menjadi tidak karuan selama 2 tahun dan dalam tempoh itu juga setiap kali azan berkumandang ibu kandung ku akan menangis.. dan selepas itu bermula lah kisah hidup ku menjadi amat kompleks…(itu akan aku cerita kan kemudian)

Aku juga amat minat dengan sukan terutama bola sepak…semua legend aku minat hehehe ape team aku heheh nanti gua cerite eehhh..

Bab belajar dulu aku tak bagus sangat pun ..(sebab malas belajar aka kuat main heheh)..tapi aku ada juga la sambung belajar tu pun umur aku dah masuk 21 tahun..

Bab kerja pulak aku berkerja di  sebuah syarikat utiliti terkemuka di di malaysia tapi perkerja biasa sahaja sesuai lah dengan kelayakan akademik aku.

Dan aku mempunyai seorang anak lelaki.

aku ni seorang yang periang (kadang kala..) ehhhhhh apa ni melalut lebih-lebih lak aku ni kan hahaha nanti aku sambung lagi lah..jadi jom masuk kedunia aku yang …ada macam-macam emosional